Klik Banner dibawah ini untuk mendaftar PRODUK INOVASI :

Apa itu Pertandingan Jejak 1001 Inovasi Akar Umbi?

• Pertandingan Jejak 1001 Inovasi Akar Umbi adalah pertandingan yang julung kalinya yang dianjurkan oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) bagi menjejak pelbagai inovasi yang dihasilkan oleh warga Malaysia terutamanya dari golongan akar umbi.Ianya bertujuan untuk menggalakkan orang ramai melaporkan sebanyak mana inovasi yang mereka temui. Selain dari itu, pertandingan ini juga untuk mencari inovasi yang mempunyai nilai .

• Pertandingan ini terbuka kepada semua warga Malaysia bagi meneroka dan menjejak produk-produk berinovasi di dalam komuniti mereka sendiri, dan menghantar catatan / mendaftar penemuan mereka kepada YIM, melalui Borang Pendaftaran Inovasi Online

• Kategori pemenang pertandingan ini adalah terbahagi kepada 2 iaitu:

1. Penyertaan Terbanyak ( Juara dan Naib Juara) - Pemenang akan dipilih berdasarkan kuantiti PRODUK INOVASI yang paling banyak didaftarkan setiap minggu. Penyertaan 5 inovasi ke atas yang layak untuk kategori ini.

2. Inovasi Terbaik ( Juara dan Naib Juara ) - Pemenang akan dipilih berdasarkan PRODUK INOVASI yang didaftarkan memperolehi markah (kualiti) yang paling tinggi untuk minggu tersebut.

• Pelbagai hadiah mingguan menarik ditawarkan melalui pertandingan ini, dan pemenang-pemenang akan dipilih setiap minggu mengikut kategori yang disebutkan diatas.

• Penilaian bagi menentukan pemenang adalah dilakukan oleh pakar-pakar inovasi yang dilantik oleh YIM.

• Pihak YIM berhak meminda syarat pertandingan mengikut kesesuaian pada bila-bila masa tanpa notis.