Terma dan Syarat penyertaan

a. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

b. Peserta tidak dibenarkan meniru, menciplak dan mengambil pendaftaran produk inovasi individu atau sumber lain.

c. PRODUK INOVASI yang didaftarkan oleh peserta haruslah menepati KRITERIA Inovasi Akar Umbi.

d. PRODUK INOVASI yang didaftar mestilah produk yang BELUM PERNAH dijejaki oleh Yayasan Inovasi Malaysia. (Sila Rujuk Majalah Jejak Inovasi )

e. Keputusan pertandingan yang dibuat adalah muktamad berdasarkan penilaian oleh Pakar-pakar Inovasi YIM dan kriteria-kriteria pemenang yang telah ditetapkan.

f. Tarikh mula penyertaan / pendaftaran INOVASI pada minggu pertama adalah pada hari Sabtu 13hb APRIL 2013 dan akan ditutup pada hari Jumaat 19hb APRIL 2013. Penyertaan minggu seterusnya bermula pada hari Sabtu 20hb APRIL 2013 dan akan ditutup pada hari Jumaat 26hb APRIL 2013, sehingga ke minggu terakhir (minggu ke-8), penyertaan akan ditutup pada hari Jumaat 14hb Jun 2013.

g. Pengumuman pemenang pertandingan Jejak Inovasi akan dilakukan setelah mendapat penilaian muktamad dari Pakar-pakar Inovasi YIM.

h. Pengumuman pemenang akan diumumkan melalui laman web ini dan laman Facebook Pertandingan Jejak 1001 Inovasi Akar Umbi

i. Penyertaan selepas penutupan mingguan akan dihantar ke minggu seterusnya. Penyertaan selepas penutupan pada minggu ke-8 tidak akan diambil kira.

j. Penganjur berhak mengubah dan meminda mana-mana terma dan syarat semasa pertandingan dijalankan.

k. Peserta yang gagal menuruti mana-mana terma dan syarat akan hilang kelayakan untuk memenangi pertandingan pada minggu tersebut.

l. Warga kerja dan keluarga YIM tidak layak menyertai pertandingan ini.